Panduan ini adalah sebagai rujukan kepada anda yang mempunyai pelbagai produk dan mempunyai pelbagai jenis lapisan harga. Panduan ini wujud berdasarkan pengalaman kami membina website ecommerce untuk pelanggan kami dan bagi menjawab persoalan yang telah kami terima.
Objektif membina website ecommerce
Anda perlu sedar apakah objektif utama anda membina website ecommerce?. Antara objektifnya adalah untuk memudahkan proses pengurusan order dan memudahkan pengurusan inventori.
Berdasarkan kes pelanggan yang kami urus, kebanyakan mereka menguruskan tempahan melalu whatsapp dan keadaan ini mengakibatkan order yang diterima bertindih dan menyebabkan mereka kerugian masa dan tenaga kerja dalam menguruskan stok.
Proses kerja yang manual ini adalah praktikal jika anda baru memulakan perniagaan dan semakin perniagaan anda berkembang, anda perlu mempunyai satu sistem yang dapat memudahkan proses pengurusan order dan inventori anda. Disinilah website ecommerce dapat membantu anda.
Peralihan Proses Kerja Manual ke Ecommerce
Ini adalah salah satu proses yang mencabar. Proses perubahan memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Anda perlu sedar bahawa proses kerja manual dan ecommerce adalah berlainan. Bukan semua proses kerja manual dapat diautomasikan. Proses kerja manual yang dimaksudkan termasuklah dari pengurusan harga barangan. Sebagai contoh:
Cara kerja Manual: Anda menetapkan harga 1 produk shampoo (free shipping dimana sebenarnya kos shipping telah dimasukkan sekali dengan harga produk) berdasarkan lokasi. Semenanjung RM25, Sabah Sarawak RM28. Kaedah penetapan harga seperti ini adalah sesuai jika dikendalikan secara manual tetapi kurang praktikal jika hendak dilakukan secara ecommerce.
Komen berdasarkan situasi diatas: Adalah kurang sesuai untuk meletakkan harga produk termasuk dengan kos shipping. Apa yang boleh dilakukan adalah, harga produk dan harga shipping perlu diasingkan. Ini kerana ecommerce adalah sebuah website/sistem yang telah direka sebegitu untuk memudahkan pengurusan dan ia digunakan secara meluas diseluruh dunia. Disinilah salah satu pengorbanan yang anda perlu tempuhi menambahbaik proses kerja anda.
Cara kerja Ecommerce: Berdasarkan situasi ini, anda boleh menetapkan harga produk RM20, kos shipping Semenanjung RM5, kos shipping Sabah Sarawak RM8.
Contoh ini adalah salah satu contoh ringkas dan syor kami kepada pelanggan kami. Kami boleh tweak ecommerce untuk mengikut apa yang dihendaki tetapi kaedah tweak ini sebenarnya akan menyebabkan proses kerja mereka lebih bersimpul kerana memerlukan maintenance berkala apabila ecommerce mempunyai update terkini.. Apa yang kami syorkan adalah untuk memudahkan proses kerja secara long term dengan meminimakan risiko maintenance.
Kesimpulan
Contoh diatas adalah diantara salah satu contoh ringkas bagi memberi gambaran kepada anda mengenai workflow dan perubahan yang anda perlu tempuhi jika mahu menaiktaraf ke ecommerce. Hakikanya, berdasarkan situasi sebenar, kesnya lebih rumit seperti penetapan harga secara pukal, penetapan harga secara dropship dan lain-lain.
Kesimpulannya, apa yang kami cuba sampaikan adalah anda perlu bersedia untuk menerima perubahan baru. Untuk situasi sebenar, apa yang kami syorkan adalah dengan mengambil kira dari pelbagai aspek diantaranya ease of use, maintenance, future update, long term journey. Dengan segala pertimbangan ini, kami akan cuba membina ecommerce yang mesra pengguna.
Plugin ecommerce yang digunakan secara meluas adalah WooCommerce dan kami sendiri menggunakan WooCommerce sebagai plugin ecommerce. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai WooCommerce, anda boleh baca artikel ini Apa itu WooCommerce?
0 Comments