WooCommerce adalah sebuat plugin wordpress yang membolehkan sesebuah website wordpress berfungsi sebagai website ecommerce.
WooCommerce membolehkan anda menjadikan website anda sebagai sebuah platform jual beli. Pelanggan boleh membeli produk anda secara online dan membuat pembayaran online secara terus.
Kenapa perlu guna WooCommerce?
Woocommerce telah digunakan secara meluas diseluruh dunia dan mempunyai standard asas yang kuat untuk membolehkan anda memulakan website ecommerce.
Terdapat komuniti yang membangunkan dan menambahbaik fungsi-fungsi WooCommerce dari semasa ke semasa bagi menjamin kualiti dan kestabilan WooCommerce. Segala proses aliran pembelian, pengurusan produk dan inventori telah dikaji oleh komuniti ini dan oleh itu kita terus boleh menggunakkannya tanpa perlu membangunkan website ecommerce daripada zero.
Kelebihan WooCommerce
- Workflow standart telah tersedia dan digunakan secara meluas diseluruh dunia
- Customizable
- Pelbagai pilihan payment gateway
- Modul pengurusan inventori tersedia
- Modul laporan tersedia
- Proses pembelian yang mesra pelanggan
- Modul kos shipping yang tersedia
- Shopping Cart
- Pengurusan variant (contoh saiz baju: S,M,XL,XXL)
- Notifikasi Email
- Boleh integrade dengan 3rd party plugin (contoh: SMS notification)
Kekurangan WooCommerce
- Terikat dengan workflow ecommerce yang standard.
- Perlu beli 3rd party plugin jika cara kerja perniagaan kita berbeza dengan workflow standard WooCommerce. (Contoh: beli 1 harga lain, beli pukal harga lain)
- 3rd party plugin yang mahal
- Configurasi yang agak rumit bagi newbie
Untuk maklumat lanjut anda boleh ke https://woocommerce.com/
Kesimpulan
WooCommerce adalah satu solusi yang paling sesuai dan economic untuk memulakan website ecommerce. Dalam kebanyakan situasi, WooCommerce terus boleh digunakan dengan configurasi yang minimal. Walaubagaimana pun, terdapat juga kes terpencil dimana anda perlu bersedia mengubah workflow perniagaan anda untuk mengikut workflow WooCommerce.
Jika anda bercadang untuk memiliki ecommerce, anda boleh baca artikel ini Panduan dan Mindset dari cara kerja manual ke ecommerce
0 Comments