Kami Menyediakan Perkhidmatan Pembangunan Sistem Mengikut Keperluan Anda
Ingin proses kerja yang lebih teratur? Kami sedia membantu! Dengan aplikasi online yang kami bangunkan, anda dapat menyelaraskan tugas dan sumber dengan lebih efisien, serta meningkatkan kerjasama dalam pasukan.
Anda mempunyai masalah berikut:
Data Tersebar di Banyak Platform
Penyimpanan data di pelbagai platform, yang menyukarkan akses dan pengurusan maklumat secara efisien.
Ketidaktepatan Data
Data yang tidak tepat atau usang boleh menjejaskan prestasi dan reputasi organisasi.
Pencarian Maklumat yang Susah
Pencari maklumat menjadi rumit dan memakan masa akibat penyimpanan data tidak teratur.
Proses Manual yang Tidak Efisien
Banyak organisasi masih bergantung kepada proses manual yang memakan masa, meningkatkan kemungkinan kesilapan manusia.
Isu Kebolehcapaian
Kakitangan yang memerlukan akses kepada data tertentu mungkin tidak dapat mencapainya dengan mudah, menghalang kerja berpasukan yang efektif
Kekurangan Analisis Data
anpa alat analisis yang tepat, organisasi mungkin tidak dapat memanfaatkan data yang dimiliki untuk membuat keputusan yang berinformasi.
Apa yang anda dapat dengan perkhidmatan kami?
Kini anda mampu mempunyai sebuah aplikasi online yang dapat membantu pengurusan maklumat yang lebih efisyen dan sistematik

Antarmuka Pengguna yang Menarik
Memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan aplikasi melalui antarmuka yang intuitif dan responsif.
Responsif terhadap Peranti Mudah Alih
Menjamin pengalaman pengguna yang baik pada pelbagai peranti, dari desktop hingga telefon pintar.
Data dan Laporan
Menyediakan alat untuk menghasilkan laporan, membantu pengambil keputusan membuat keputusan berdasarkan data.
Penggunaan Sumber Terbuka
Mendorong penggunaan teknologi sumber terbuka, memberikan fleksibiliti dan kebebasan kepada proses pembangunan aplikasi
Pengurusan Kemas Kini
Menyediakan sistem untuk mengurus dan melaksanakan kemas kini aplikasi dengan mudah dan efisien.
Fungsi Carian Lanjutan
Menyediakan kemampuan carian yang efisien dan canggih, memudahkan pengguna untuk mencari maklumat dalam aplikasi.
Sebuah Aplikasi Lengkap
Dalam bahasa yang mudah, kami akan bina aplikasi berdasar
Hasil Kerja
Ini adalah sebahagian hasil kerja terbaru daripada kami

Sistem Semakan Pencen
Sistem Semakan Perihal Pencen ini dibangunkan untuk memudahkan pesara, bakal pesara, dan wakil jabatan menyemak status permohonan persaraan, penyata pencen bulanan, serta mencetak surat kelulusan secara atas talian. Sistem ini berintegrasi dengan API dalaman untuk mendapatkan data yang diperlukan, memaparkan maklumat tersebut dalam antaramuka pengguna yang mesra, serta membolehkan pengguna menjana surat kelulusan dalam format PDF. Dibina menggunakan teknologi HTML, CSS, Bootstrap, jQuery, MySQL, dan Laravel, sistem ini memastikan proses semakan dan pengurusan maklumat persaraan menjadi lebih efisien dan mudah diakses.

Sistem Keahlian PUSPANITA
Sistem Keahlian PUSPANITA ini dibangunkan untuk menyimpan rekod keahlian lebih 100,000 ahli secara berpusat dari 35 cawangan seluruh Malaysia. Sistem ini memudahkan ahli baru mendaftar, membuat permohonan dan cetakan kad keahlian, serta menguruskan keahlian secara berkesan. Antara fungsi sistem termasuk semakan keahlian, pengasingan ahli mengikut cawangan, pelantikan admin cawangan, eksport senarai ahli, kelulusan bayaran kad, serahan kad keahlian, dan penjanaan laporan keahlian. Sistem ini menggunakan teknologi HTML, CSS, Bootstrap, jQuery, MySQL, dan Laravel untuk memastikan pengurusan keahlian yang teratur dan sistematik.

Sistem Bantuan Covid-19
Sistem Bantuan Khas Covid-19 ini membolehkan pengguna memohon bantuan dan menyemak status permohonan bantuan Covid-19. Di samping itu, sistem ini membolehkan kakitangan untuk memproses permohonan, termasuk meluluskan, menolak, atau membuat kuiri terhadap permohonan. Antara ciri-ciri sistem termasuk semakan status permohonan, pemprosesan bantuan, serta fungsi import dan eksport fail CSV. Sistem ini dibangunkan menggunakan teknologi HTML, CSS, Bootstrap, jQuery, MySQL, dan Laravel bagi memastikan proses permohonan bantuan berjalan lancar dan terurus.

Sistem Pengurusan Graduasi
Sistem Graduasi ini direka untuk memudahkan graduan mendaftar bagi mendapatkan slot majlis graduasi, serta memastikan kelancaran proses sepanjang majlis. Sistem ini turut menghasilkan sticker QR code yang akan digunakan sebagai rujukan penting. Ciri-ciri utama sistem termasuk pendaftaran graduan, semakan status graduan (sah/reject/kuiri), penjanaan sticker QR, pengurusan nombor tempat duduk, pengesahan kehadiran, pengesahan pengambilan dan pemulangan jubah, serta paparan giliran gambar di pentas. Sistem ini dibangunkan menggunakan HTML, CSS, Bootstrap, jQuery, MySQL, dan Laravel untuk pengalaman majlis graduasi yang lebih teratur dan tersusun.

Sistem Pengurusan Sumber Manusia
Sistem Pengurusan Sumber Manusia ini dibangunkan untuk memudahkan pengumpulan maklumat pegawai secara berpusat, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pihak pengurusan. Dengan sistem ini, semua data pegawai disusun dan disimpan secara teratur, membolehkan pengurusan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan efisien. Sistem ini juga membantu dalam memastikan maklumat sumber manusia sentiasa terkini, selaras dengan keperluan organisasi. Sistem ini dibangunkan menggunakan HTML, CSS, Bootstrap, jQuery, MySQL, dan Laravel

Sistem Temujanji Pusat Data
Sistem Temujanji ini direka khusus untuk pusat data bagi membolehkan pelawat membuat temujanji awal secara dalam talian. Setiap temujanji akan dinilai oleh pentadbir sistem untuk kelulusan. Setelah diluluskan, kod QR akan dijana dan diberikan kepada pelawat untuk digunakan pada hari lawatan ke pusat data. Sistem ini memudahkan pengurusan temujanji, meningkatkan keselamatan, dan mempercepatkan proses pendaftaran pelawat.
Jom kita lihat apa kata mereka
Testimoni dari pengguna dan owner produk.
Website telah membantu saya menyampaikan maklumat kepada pelanggan saya. Saya hanya bagi alamat website dan pelanggan boleh mendapatkan maklumat lengkap pada website.
Soalan-soalan lazim
Apa yang perlu sy sediakan?
Sediakan workflow proses sedia ada dalam bentuk carta alir serta penerangan mengenai proses kerja anda.
Dari segi teknikal, anda perlu menyediakan Server dan Domain dan jika tiada, kami boleh menyediakanya untuk anda
Berapa lama sistem boleh disiapkan?
Tempoh masa untuk menyiapkan sesuatu sistem agak subjektif bergantung kepada “user requirement”, “logic business” serta kerumitan proses. Secara kasarnya, draf pertama sistem boleh disiapkan dalam tempoh sebulan.
Berapa harga untuk pembangunan sistem
Harga pembangunan sistem adalah subjektif bergantung kepada keperluan pengguna serta kerumitan proses kerja. Tetapi sebagai rujukan, kos untk membangunkan sistem bermula dari RM18,000
Saya ada pertanyaan lanjut
klik sini atau whatsapp pertanyaan anda kepada kami di 012-346 585