Ramai yang ingin memilikik website tetapi tidak semua dapat memiliki website. Memliliki website bukan sesuatu yang mudah kerana sekiranya mudah, pastinya kesemua antara kita telah memiliki website masing-masing.
Antara sebab utama seseorang atau syarikat itu tidak mempunyai website adalah kekangan bajet.
Sebenarnya ada cara untuk jimat tetapi kami akan terangkan dulu kos yang tidak dapat dielak. Pastikan anda baca sampai habis kalau tidak mahu diperah(ditipu) oleh orang lain.
Tidak dinafikan bahawa anda memerlukan sedikit kos untuk membina website kerana, apabila anda memiliki website anda akan terikat dengan 2 jenis kos yang tidak dapat dielakkan. Kos yang dimaksudkan adalah:
- Domain – alamat website. contoh www.izoolz.com
- Hosting – tempat untuk meletakkan website.
Dua item ini merupakan kos asas yang wajib anda peruntukan dan tiada cara untuk dapatkan dengan percuma (nama domain ada yang percuma tapi nama domain yang ditawarkan “kelaut”).
Siapa yang patut membeli domain & hosting? Owner atau developer?
Seboleh-bolehnya kami sarankan supaya anda sendiri yang membuat pembelian keatas 2 item ini kerana dua item ini boleh diibaratkan macam kunci terhadap website anda. Sesiapa yang memiliki kunci ini, dia lah yang berkuasa terhadap website itu.
NAMA DOMAIN
Jika anda biarkan pihak ketiga yang membeli nama domain untuk anda, pihak tersebut sebenarnya mempunyai kuasa untuk menjual nama domain tersebut. Anda mungkin boleh anggap “nama domain je pon, aku boleh beli lain”, anggapan salah kerana nama domain itu sudah menjadi JENAMA anda.
Jika jika nama domain itu tidak dikenali, mungkin anda tidak nampak impaknya tetapi bayangkan anda bersusah payah melabur untuk menaikkan nama domain anda sehingga dikenali dan tiba-tiba nama domain itu dijual? Pastinya anda terduduk.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa pihak ketika nak jual nama domain anda? Apabila nama domain semakin dikenali, ianya mempunyai carian yang tinggi dan menyebabkan nilainya melambung tinggi.
Risiko lain yang anda boleh hadapi jika pihak ketiga yang tolong membeli nama domain anda adalah, anda mungkin akan terikat dengan mereka. Mereka boleh menguasai anda dan membuatkan anda hilang kuasa terhadap JENAMA anda. Mereka juga boleh mengenakan yuran bulanan terhadap anda dan pelbagai bentuk yurang-yuran yang tersembunyi.
Jadi, anda seharusnya meneliti untuk mengurangkan risiko negatif ini. Sebolehnya kami sarankan supaya anda membelinya sendiri dan mendaftar diatas nama anda/syarikat sendiri.
HOSTING
Hosting ini boleh diibaratkan seperti “rumah” untuk website anda. Rumah ini sebenarnya merupakan sebuah komputer yang beroperasi 24 jam tanpa henti supaya website anda dapat diakses tanpa henti. Setiap website wajib mempunyai “rumah” untuk berfungsi.
Kami sarankan anda untuk membeli hosting sendiri kerana hosting adalah antara salah satu faktor yang membuatkan website anda laju atau perlahan, senang di HACK atau tidak, senang dijangkiti VIRUS atau tidak dan bermacam-macam lagi.
Jika anda berhadapat dengan pihak ketiga yang memberikan hosting percuma, anda harus berhati-hati kerana besar kemungkinan anda akan berkongsi hosting dengan puluhan website yang lain atau dikenali dengan panggilan shared hosting.
Apabila berkongsi “rumah” dengan bermacam-macam jenis website, pastinya website anda juga akan berisiko untuk SAKIT. Walaupun anda memasang antivirus pada website anda, ia tetap berisiko untuk diserang hackers dan dijangkiti virus kerana anda mungkin dapat menjaga website anda tetapi anda tidak dapat menjaga puluhan website yang lain yang berkongsi “rumah” dengan anda.
Jika ada dikalangan website tersebut tidak dikemaskini, hacker boleh menceroboh dan memasukkan virus ke semuah website yang berada didalam “rumah” berkenaan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Apabila website anda telah dicerobohi, website anda berpotensi untuk menjadi sarang VIRUS dan di senarai hitam oleh kesemua syarikat hosting.
Untuk mengelakkan masalah ini terjadi, kami sarankan anda untuk menggunakan hosting VPS dimana anda tidak berkongsi “rumah” dengan pihak lain dan dapat mengurangkan risiko website anda diceroboh. Salah satu syarikat yang kami sarangkan adalah DigitalOcean. Anda boleh daftar disini.
RUMUSAN
Pantuan yang kami kongsikan ini adalah sekadar untuk makluman semua. Ada sesetengah pelanggan mereka tidak ambil tahu lansung mengenai domain & hosting mereka tanpa mereka sedari risiko yang bakal mereka hadapi.
Tidak dinafikan juga bahawa ada juga web owner yang tidak tahu bagaimana cara untuk membeli domain & hosting, jadi mereka mengambil jalan mudah dengan melantik pihak ketiga untuk membeli domain & hosting mereka.
Walau apa pun cara anda mendapatkan domain & hosting, artikel ini hanya membantu anda memahami risiko yang bakal anda hadapi dan membantu anda untuk mengurangkan risiko ini.
Sekiranya ada maklumat yang kami sampaikan ini tidak lengkap, anda boleh hubungi kami dan kami akan bantu anda memahaminya.
Sekiranya anda merasakan artikel ini berguna, jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan anda.
0 Comments