Masalah biasa sesebuah website

by | ecommerce, website

Jika anda memiliki website atau bercadang memiliki website, anda perlu sedar bahawa dengan beberapa masalah yang biasa dihadapi. Antaranya adalah:

  • Website tidak dapat diakses
  • Website perlahan/loading
  • Website terpapar error 300/400/500
  • Website tidak boleh diakses selepas update plugin/themes
  • Tak boleh login ke admin dashboard

Dan jika anda memiliki website ecommerce, antara masalahnya pula ialah:

  • Pelanggan tak boleh login
  • Pembayaran gagal
  • Status pembayaran gagal, tapi duit dah ditolak bank
  • Stok produk tak boleh update dan macam-macam lagi

Berdasarkan pengalam kami, Ini adalah diantara masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik website. Masalah yang terjadi ini boleh dikatakan unik bagi setiap website atas sebab-sebab tertentu. Walaupun ini adalah masalah biasa, tetapi punca setiap masalah yang terjadi adalah berlainan dan diluar jangkaan.

Adakah anda tahu, teknical error lebih mudah untuk dijejaki berbanding masalah human error kerana human error adalah masalah yang terjadi akibat tingkah laku manusia (secara sedar atau tidak sedar) dan kita tidak tahun apa yang dilakukan oleh individu tersebut yang menyebabkan sesuatu masalah itu terjadi.

Sebagai web developer yang berpengalaman, antara tugas kami adalah untuk memastikan website anda berfungsi dengan baik dan merendahkan risiko anda kerugian akibat masalah-masalah yang disebutkan diatas.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *