Kekangan Bajet untuk Memiliki Website?
Kita kembali ke isu asal dimana kebanyakan pihak mempunyai kekangan bajet untuk memiliki website.
Sebelum anda teruskan, terdapat 2 jenis kos yang tidak dapat anda elak. Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca artike Siapa yang patut membeli domain & hosting?
Untuk membina website, anda mempunyai dua pilihan. Pilihan pertama anda boleh buat sendiri, dan pilihan kedua anda mengupah pihak ketiga.
Kami sebagai entiti yang menawarkan perkhidmatan membina website, pastinya akan memaksa anda untuk menggunakan pilihan kedua kan!… hehehe, just kidding.
Secara jujurnya jika anda membuat pilihan pertama dengan membina website anda sendiri tanpa rujukan yang betul, kami dapat jamin bahawa 90% website anda tidak akan siap. Baki 10% jika website anda siap, pastinya tidak lengkap dan lompong sana sini.
Anda tahu kenapa puncanya? Puncanya adalah kerana ianya bukan kepakaran anda! jadi kenapa anda bazirkan masa anda? Peranan anda sebagai business owner adalah FOKUS UNTUK MEMAJUKAN PERNIAGAAN ANDA dan bukannya untuk sakit & peningkan kepala menguruskan kerja-kerja belakang tabir.
Sekiranya anda memlilih untuk membina website anda sendiri, anda boleh skip artikel dan search di youtube cara untuk buat website. Ini kerana perenggan berikut kami akan kongsikan bagaimana kami boleh membantu anda untuk membina website dengan kos yang minimum dan realistik.
WEBSITE ANDALAH SATU BENTUK PELABURAN
Anda mesti memahami adalah memiliki website adalah satu bentuk pelaburan. Jika pelaburan pastinya anda harus melabur dan pastinya ada risiko untung dan rugi.
Pada zaman ini, semuanya online. Beli online, meeting online, bersosial online dan macam-macam semuanya online. Sesiapa yang tidak wujud didalam dunia online, tentunya banyak peluang yang mereka lepaskan.
Melalui website, anda boleh meningkatkan keyakinan pelanggan, mengumpulkan maklumat pelanggan, mendapatkan pelanggan baru dan tarik perhatian pelanggan. Anda menguasai pelanggan apabila pelanggan melawat website anda dan secara tidak lansung anda dapat mengumpul database pelanggan. Website anda, kepunyaan anda dan anda bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa melanggar apa-apa jenis polisi.
FAKTOR HARGA SESEBUAH WEBSITE
Bagi syarikat yang baru, kami merasakan tidak adil kepada mereka untuk memiliki website dengan harga yang tinggi. Tidak adil juga kepada pembangun website sekiranya mereka ditekan untuk membina website sehingga merugikan mereka. Disini, kita mesti mencapai persetujuan yang realistik bagi memastikan kedua-dua pihak sama untung.
Jadi, bagi mengimbangi keperluan dan kehendak kedua-dua pihak, disini kami akan senaraikan beberapa faktor asas yang mempengaruhi harga sesebuah website:
- Pengunaan Themes
- Kami sarankan penggunaan themes premium percuma yang boleh didapati dipasaran. Mencari themes premium yang percuma adalah mudah tetapi untuk mencari themes premium percuma yang BERKUALITI sebenarnya memerlukan pengalaman.
- Website developer yang berpengalaman telah mencuba beratus-ratus themes dipasaran dan mereka tahu themes mana yang berkualiti. Adalah tidak praktikal bagi anda untuk mencuba kesemua themes dipasaran dan mencuba satu per satu kerana anda hanya akan membuang masa.
- Mulakan dengan themes premium yang percuma dan upgrade dikemudian hari sekiranya ada keperluan.
- Penggunaan Plugin
- Pengunaan plugin ini bergantung kepada keperluan sesebuah website. Contoh plugin adalah seperti plugin security, plugin backup, plugin popup dan lain-lain
- Bukan semua website memerlukan plugin seperti yang dinyatakan.
- Penggunaan plugin juga boleh menyumbang kepada harga sesebuah web itu meningkat.
- Penyediaan Content
- Penyediaan content merupakan salah satu punca sesebuah website itu tidak lengkap dan lewat untuk disiapkan.
- Penyediaan content yang lambat akan menyebabkan website lambat disiapkan dan menyumbang kepada peningkatan kos.
- Pastikan anda menyediakan content dahulu sebelum membuat tempahan pembinaan website.
- Khidmat Nasihat
- Khidmat nasihat antara penyumbang kepada peningkatan kos website.
- Anda boleh mengelakkan atau mengurangkan kos khidmat nasihat ini sekiranya anda membuat sedikit ulangkaji mengenai website.
- Pastikan anda tahu tujuan kenapa anda buat website, serta tunjukkan sekali contoh website yang anda inginkan.
- Contoh: Anda anda berniaga penapis air coway.
- Nyatakan kepada pembangun website bahawa anda ingin membuat website jualan produk coway dan mempunyai button CALL TO ACTION untuk whatsapp.
- Nyatakan jenis plugin yang diperlukan (jika anda tahu).
- Anda serahkan content dalam bentuk microsoft word atau apa jua format yang dipersetujui. Sertakan sekali logo dan gambar-gambar jika ada.
- Berikan contoh website yang anda temui untuk ditiruvasi dan sebagai rujukan. Contoh website ini sangat membantu.
- Pastikan anda tahu apa inginkan dan berikan arahan yang jelas kepada pembangun website.
- Jika anda melakukan sedikit ulangkaji mengenai perkara-perkara ini, anda akan dapat jimat banyak.
Rumusan
Secara asasnya, anda hanya perlu START SMALL atau bermula dengan kemudahan plugin dan themes plugin yang percuma. Dari semasa ke semasa, apabila anda menerima pelawat yang makin ramai, anda boleh upgrade website anda dikemudian hari.
Pastikan anda membuat sedikit homework mengenai apa yang ada perlukan pada website anda dan jelas dengan objektif website anda.
Sekiranya anda merasakan artikel ini berguna, jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan anda,
Kami menawarkan perkhidmatan membina website dengan berpatutan. Nak murah? Praktikan apa yang kami kongsikan diatas, dan anda akan nampak hasilnya.
0 Comments