Cheklist Page yang Wajib ada pada Website Perniagaan

by | Uncategorized, website

“Apa maklumat yang nak letak dalam website ni? Berapa page yang perlu ada dalam website?” Ini antara soalan yang popular dikalangan pemilik syarikat dan usahawan ketika hendak membangunkan website. Bagi menjawab soalan-soalan ini, disini kami akan senaraikan checklist page yang wajib ada pada website anda.

Cheklist Page yang Wajib ada pada Website Perniagaan

Apabila anda ingin memiliki website, anda perlu sedar bahawa anda perlu menyediakan content untuk website anda. Tanpa content, website anda tidak berguna.

Mengapa anda perlu menyediakan content? Kerana anda lebih tahu tentang business anda, anda lebih tahu target market business anda, anda lebih pakar dalam bidang business anda.

Website yang baik adalah website yang mampu menyampaikan maklumat kepada pelawat/pelanggan. Oleh itu, pastikan anda menyediakan maklumat yang lengkap supaya pelawat/pelanggan anda tidak tertanya-tanya. Jawab persolan yang mungkin pelawat/pelanggan akan tanya sebelum pelawat/pelanggan tanya anda. Antara soalan yang biasa pelawat/pelanggan tanya adalah:

  • Siapa mereka ini?
  • Apa business mereka?
  • Berapa lama mereka sudah berada dalam business ini?
  • Apa kelebihan mereka?

Itu adalah antara soalan-soalan asas yang perlu anda jawab didalam website anda.

Anda juga perlu bersedia kerana dari semasa ke semasa, pelbagai soalan yang akan ditanya oleh pelawat/pelanggan yang mungkin anda tidak terfikir, dan dari sini anda mendapat feedback dari pelawat/pelanggan. Daripada feedback inilah anda akan improvise website anda.

Ingat! Website anda perlu sentiasa dikemaskini berdasarkan keadaan semasa dan feedback dari pelawat/pelanggan.

Jom kita lihat page yang wajib ada pada sesebuah website.

HOMEPAGE

klik untuk lihat contoh live

Ini adalah page utama yang pelawat akan nampak dan disini anda perlu memberitahu pelawat siapa anda dan apa yang anda buat. Pastikan design pada page utama ini menarik supaya dapat menarik perhatian pelawat. Ada satu kajian yang mengatakan bahawa anda hanya ada masa kurang 5 saat untuk menyakinkan pelawat untuk stay pada website anda.

Maklumat yang perlu dimasukkan adalah penerangan ringkas siapakah anda, produk atau perkhidmatan yang disediakan dan beberapa bullet point bagaimana anda dapat memebantu prospek pelanggan anda.

ABOUT PAGE

klik untuk lihat contoh live

Manusia melakukan perniagaan bersama manusia yang lain dan pelawat ingin mengetahui siapa disebalik syarikat. About page ini antara page yang kerap dilawat oleh pelawat.

Maklumat yang perlu dimasukkan adalah penerangan ringkas mengenai syarikat anda, siapa warga kerja syarikat, carta organisasi, pencapaian syarikat dan apa kelebihan syarikat anda berbanding pesaing yang menyediakan produk/perkhidmatan yang sama

SERVICES PAGE (Jika anda meyediakan perkhidmatan service)

klik untuk lihat contoh live

Disini anda perlu menerangkan tentang perkhidmatan yang anda sediakan. Bagaimana perkhidmatan anda dapat membantu prospek pelanggan anda. Sekiranya perkhidmatan anda mempunyai penerangan yang pangjang, anda boleh bahagikan maklumat berkenaan kepada beberapa section supaya penyampaian maklumat lebih teratur.

Maklumat yang perlu dimasukkan adalah bullet point perkhidmatan yang disediakan bersama penerangan ringkas, kelebihan menggunakan perkhidmatan anda dan bagaimana anda lebih baik daripada pesaing anda.

PRODUCT PAGE (Jika anda menjual produk)

klik untuk lihat contoh live

Pada bahagian ini anda perlu menyatakan maklumat lengkap mengenai produk anda. Mulakan page dengan maklumat ringkas produk dan disambung dengan kelebihan produk dan bagaimana cara untuk dapatkan produk anda. Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu produk, sebaiknya anda bahagikan satu page satu produk bagi mengelakkan kecelaruan penyampaian maklumat produk.

Maklumat yang perlu dimasukkan adalah penerangan mengenai produk, kelebihan produk, dan cara dapatkan produk.

Sekiranya anda menjual produk secara online, kami sarankan supaya anda menggunakan wordpress woocommerce untuk menguruskan produk online anda.

FAQ PAGE

klik untuk lihat contoh live

Bahagian ini adalah tempat dimana ruang anda untuk menjawab soalan-soalan yang kerap ditanya. Page ini akan membantu anda memberitahu pelawat apa yang mereka patut tahu.

Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa anda untuk menjawab soalan-soalan yang sama yang ditanya oleh pelawat. Pastikan anda menjawab persolan dengan jujur. Jawapan anda perlulah bercirikan call to action dan memujuk prospek pelanggan untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.

Maklumat yang perlu dimasukkan adalah senarai soalan-soalan berulang yang kerap ditanya. Pastikan jawapan yang anda berikan menjawab keraguan prospek pelanggan dan membuat mereka berasa selamat untuk berurusan denga anda.

TESTIMONIALS / REVIEWS PAGE

klik untuk lihat contoh live

Pada page ini anda boleh menunjukkan positive review yang syarikat anda telah perolehi. Anda boleh memasukkan gambar, maklumat untuk dihubungi (link media social, bukan no telefon personal). Dengan positive review, ini akan meningkatkan lagi keyakinan pelawat terhadap syarikat anda.

Maklumat yang perlu dimasukkan adalah maklumat ringkas review daripada pelanggan, mungking 1 hingga 2 perenggan. Masukkan bersama gambar dan pautan media social pelanggan (pastikan minta izin dahulu).

CONTACT PAGE

klik untuk lihat contoh live

Bahagian ini membantu prospek pelanggan untuk menghubungi anda. Tanpa page ini, anda mungking kehilangan pelanggan. Masukkan maklumat no telefon, alamat email, alamat syarikat dan maklumat social media.

Maklumat yang perlu dimasukkan adalah seperti no telefon syarikat, alamat email, alamat surat menyurat, no fax dan maklumat waktu operasi.

Rumusan

Page-page yang dinyatakan diatas hanyalah sebagai panduan asas kepada bakal pemilik website dan sebenarnya anda bebas untuk melakukan dengan cara anda sendiri.

Antara page-page lain yang anda boleh anda kaji adalah seperti Landing page, Thank you page, Funnel page dan lain-lain lagi. Page-page ini bergantung kepada objektif website itu sendiri.

Sekiranya anda baru memulakan perniagaan, anda mungkin kekurangan content untuk website anda. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh gabungkan kesemua content pada page-page diatas menjadi satu page sahaja. Dengan ini, website anda nampak kemas dan profesional.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *