Cara reset login password admin wordpress

by | wordpress

Salam semua. Bagi anda yang mempunyai website yang menggunakan wordpress, boleh kami katakan bahawa kebanyakan dari anda sangat jarang login ke paparan admin dashboard.

Hal ini mengakibatkan ramai yang terlupa password untuk masuk ke admin dashboard. Maklumlah, sekarang ni macam-macam sistem yang perlukan kita ingat password.  Mesti anda pernah menghadapi masalah ini.

Jadi disini kami ingin kongsikan tips bagaimana anda boleh reset atau dapatkan kembali password admin dashboard wordpress anda.

Cara reset login password admin wordpress

Terdapat 2 cara untuk reset password iaitu cara yang pertama adalah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh wordpress itu sendiri iaitu “Lost your password?” dan cara ke dua adalah dengan kaedah backdoor direct to database.

Cara 1: Lost your password

Masukkan alamat website anda dan disertakan bersama /wp-admin. contoh: www.namawebsiteanda.com/wp-admin

klik lost your password

klik lost your password

Masukkan email atau username anda. Selepas itu klik Get New Password dan sila semak email anda yang telah didaftarkan. Jika anda tidak mengingati maklumat email, sila lihat Cara ke-2.

masukkan username atau alamat email dan klik Get New Password

masukkan username atau alamat email dan klik Get New Password

Klik pada link yang telah diberi pada email

Gambaran email yang diterima

Gambaran email yang diterima

 

Pastikan anda memilih password yang strong bagi mengelakkan hackers meneka password anda. Kemudian kil Reset Password.

masukkan-password-baru

masukkan-password-baru

Sekarang anda sudah boleh akses admin dashboard menggunakan password yang telah ditetapkan tadi.

Sekiranya anda tidak menerima sebarang email, berkemungkinan anda tidak configure email pada website anda atau terdapat masalah teknikal yang lain.  Bagi menyelesaikan masalah seperti ini, kita akan menggunakan cara ke-2 seperti dibawah.

Cara 2: Reset password menggunakan database

Cara ini memerlukan anda untuk akses cpanel dan mempunyai peranan untuk akses phpMyadmin. Sekiranya anda tidak tahu apa itu cpanel atau anda tidak tahu bagaimana untuk mengakses cpanel, sila hubungi hosting provider website ada untuk mendapatkan akses tersebut.

Selepas anda login ke cpanel, cari menu phpMyadmin yang berada pada seksyen DATABASES.

menu-phpmyadmin

menu-phpmyadmin

Anda akan di redirect ke app phpMyadmin, dan disini anda perlu memilih database WordPress anda.

pilih-database

pilih-database

Terdapat pelbagai list tables didalam database WordPress anda. Anda perlu memilih table yang mempunyai format nama “TABLE-PREFIX_users”.

Sebagai contoh: wp_users . Perkattaan prefix “wp” itu mungkin berlainan dari paparan anda kerana format ini mengikut settings ketika proses pertama semasa installation WordPress. Kemudian klik  Browse

contoh-nama-table

contoh-nama-table-wp_users

Sekarang anda akan melihat senarai nama users wordpress. Pilih username yang hendak di reset dan klik edit.

pilih-user-dan-edit

pilih-user-dan-edit

Anda perlu delete value pada user_pass dan gantikan dengan password baru anda. Pada bahagian Function column, pilih MD5

tukar-password-dan-pilih-md5

tukar-password-dan-pilih-md5

Password anda akan di encrypted menggunakan MD5 hash dan akan disimpan didalm database.

Tahniah, anda telah berjaya reset password akaun  admin wordpress anda.

Sekarang anda sudah tahu caranya, kenapa tidak kongsi bersama rakan-rakan anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *