Cara mudah untuk Install WordPress pada hosting anda adalah dengan menggunakan Softaculous auto installer. Hanya dengan beberapa klik sahaja anda akan memperolehi website yang clean dan selamat.
Cara Install WordPress menggunakan Softaculous
Sebelum mulakan proses installation yang sebenar, anda perlu mengakses Softaculous Apps Installer yang telah disediakan oleh syarikat hosting provider anda. Menunya terletak di cPanel > Softaculous Apps Installer.
Terdapat banyak pilihan apps yang tersenarai pada halaman ini dan anda hanya perlu memilih WordPress.
Apabila anda berada pada paparan seperti ini, sila tekan butang Install Now.
Selepas ini anda dihendaki untuk Congfigue beberapa settings sebelum proses Installation WordPress bermula. Kami akan bahagikan bahagian berikutnya kepada beberapa bahagian bagi memudahkan anda.
Choose Protocol – Sekiranya anda telah memasang SSL, kami sarankan anda untuk memilih https://
Choose Domain – Sila pilih nama domain atau subdomain anda yang berkenaan
In Directory – Pastikan bahagian ini ditinggalkan kosong. Kebanyakan hosting provider mengisi bahagian ini denngan nilai “wp” secara default. Sekiranya ini berlaku, kami sarankan anda supaya mengosongkannya. Sebagai contoh: sekiranya ia mempunyai nilai “wp”, wordpress yang di install ini hanya akan dapat diakses dengan alamant https://xxxx.com/wp .
Site Name – Ini merupakan nama website anda. Maklumat ini boleh diubah pada bila-bila masa selepas anda install wordpress.
Site Description – Ini merupakan penerangan mengenai website anda. Maklumat ini juga boleh diubah pada bila-bila masa selepas anda install wordpress.
Enable Multisite (WPMU) – Abaikan bahagian ini dan biarkan kosong. Ini untuk membenarkan anda install wordpress multisite. Fungsi ini sangat jarang digunakan.
Admin Username – Ini adalah Username admin yang digunakan untuk log in ke Dashboard untuk menguruskan website.
Admin Password – Ini adalah Password untuk login ke Dashboard. Pastikan password anda unik dan mudah diingati.
Admin Email – Ini adalah alamat email admin untuk menerima sebarang notifikasi.
Select Language – Pilih English.
Limit Login Attemps (Loginizer) – Ini adalah plugin untuk mencegah hackers dari menceroboh ruang admin website anda. Kami sarankan anda untuk tick pilihan ini.
Untuk makluman, bahagian ini adalah optional. Anda boleh biarkan dan teruskan dengan proses installation.
Database Name – Ini adalah maklumat database anda. Anda boleh biarkan atau namakannya mengikut citarasa anda.
Table Prefix – Ini adalah sebagai tanda pada table database anda dimana semua table untuk menyimpan maklumat website anda akan ditanda atau dimulai dengan “wpni_” atau anda boleh tukar mengikut kehendak anda. Kami cadangkan anda biarkan sahaja dengan default value.
Auto Upgrade – Jika option ini diaktifkan, Softaculous Apps akan update WordPress sekiranya terdapat sebarang update yang ada. Pandangan peribadi kami, kami lebih gemar untuk melakukan upgrade secara manual.
Auto Upgrade WordPress Plugin – Jika option ini diaktifkan, Softaculous Apps akan update WordPress Plugin sekiranya terdapat sebarang update yang ada. Pandangan peribadi kami, kami lebih gemar untuk melakukan upgrade secara manual.
Auto Upgrade Themes – Jika option ini diaktifkan, Softaculous Apps akan update WordPress Themes sekiranya terdapat sebarang update yang ada. Pandangan peribadi kami, kami lebih gemar untuk melakukan upgrade secara manual.
Backup Location – Ini adalah lokasi untuk menyimpan backup website anda.
Automated Backup – Biarkan dengan default value yang dipaparkan. Ini untuk menetapkan masa backup website anda.
Backup Rotation – Apabila telah sampai nilai ke rotation limit, backup lama akan dipadam dan digantikan dengan backup yang baru.
Select Themes – Anda boleh pilih themes yang diingini tetapi kami sarankan supaya anda biarkan tanpa memilih apa-apa themes kerana anda boleh install themes pada bila-bila masa.
Install – Klik install dan tunggu sehingga proses installation tamat.
Tahniah, anda telah berjaya install wordpress menggunakan softaculous
0 Comments