Industri teknologi pada zaman ini sangat laju bergerak. Apa yang ada hari ini mungkin hanya berguna pada hari ini dan tidak berguna pada minggu hadapan.
Tahukah anda bahawa hampir setiap minggu wordpress themes dan plugin mempunyai update terkini. Jika anda adalah pemilik website, anda perlu PEKA terhadap perkembangan update terkini untuk website anda. Jika anda menggunakan telefon pintar, tentu anda perasan yang apps didalam telefon anda kadang kala mempunyai update.
Jika kita lihat pada apps telefon pintar, update ini adalah bertujuan untuk menambah fungsi-fungsi baru pada apps dan yang paling penting adalah untuk menaiktaraf sistem keselamatan apps itu daripada digodam.
Situasi ini juga terpakai untuk website anda. Website anda memerlukan update terkini untuk menambah fungsi-fungsi terkini dan juga untuk memperkasakan isu keselamatan website anda. Sebagai pengguna, kadang-kala anda tidak akan lihat kesan secara mata kasar kerana kebanyakan update melibatkan proses disebalik tabir atau backend website. Walaubagamana pun, anda boleh melihat perkara-perkara yang di update pada paparan seperti berikut.
Risiko tidak update
Disini kami senaraikan secara ringkas apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak update website anda.
- Tidak dapat fungsi terbaru pada website.
- Terdapat gangguan pada fungsi website.
- Terdapat gangguna pada paparan website
- Keluar error pada website.
- Risiko digodam
- Terdapat risiko ranking website boleh jatuh
Risiko update
Anda juga mempunyai risiko ketika update website seperti mana jika anda tidak update tetapi risikonya rendah jika dibandingkan jika anda tidak update website anda. Antara risiko ketika update website ialah:
- Website tidak dapat diakses
- Website tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
Ini adalah masalah biasa yang dihadapi dan sememangnya tidak dapat dielak. Walaubagaimana pun, kita masih boleh mengawal risiko berkenaan dengan cara melakukan aktiviti backup website sebelum sesuatu update. Dengan cara ini, kita boleh restore website jika sesuatu yang tidak ingini berlaku. Selepas itu, kita perlu tunggu sehingga ada update terbaru yang lebih stabil untuk website kita.
Rumusan
Anda wajib melakukan aktiviti update website anda seboleh-bolehnya seminggu sekali bagi menjaga kualiti website anda. Walaupon terdapat risiko website anda mungkin mengalami masalah selepas update, anda masih perlu melakukan update terhadap website anda. Pastikan anda backup dahulu website anda sebelum melakukan aktiviti update bagi mengurangkan risiko website anda mengalami masalah.
0 Comments