7 Sebab Perniagaan di Malaysia Memerlukan Website

by | website

Perhatian kepada semua usahawan dan peniaga online, sekiranya anda mempunyai tanggapan bahawa “Facebook  kan dah ada, kenapa perlu ada website?”, anda mungkin dalam bahaya. Pada ketika ini, anda mungkin masih boleh “berniaga” menggunakan media sosial ini, tetapi adakah anda sedar, anda mungkin boleh kehilangan akaun anda pada bila-bila masa.

Tidak dinafikan bahawa Laman Social dapat membantu anda untuk membuat jualan tetapi sedarkan anda bahawa anda sedang “menyewa” tapak orang lain untuk berniaga dan anda boleh disingkirkan pada bila-bila masa.

Bantu bina Jenama Perniagaan.

Facebook adalah percuma. Semua orang boleh memiliki akaun Facebook termasuk pesaing kita. Pesaing kita boleh mencuri nama perniagaan kita untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk mencuri pelanggan kita dan menjatuhkan perniagaan kita.Sekiranya anda hendak berjaya, anda perlukan JENAMA anda sendiri yang dapat menyerlahkan anda berbanding pesaing anda. Anda perlu berkorban untuk menaikkan JENAMA anda sendiri. Kita boleh lihat semua  syarikat-syarikat gergasi mempunyai website sendiri. Kenapa mereka mempunyai website sendiri? kerana website dapat membantu mereka untuk membina JENAMA mereka dan ini adalah sebab perniagaan di Malaysia memerlukan website.

Kepercayaan Pelanggan.

Lambakan peniaga di Facebook adalah peniaga yang mencuba nasib didalam perniagaan dan mereka tidak bersedia untuk membuat website kerana mereka sekadar ingin mencuba nasib kerana untuk berniaga. Mereka tidak sedia untuk menggalas komitmen didalam perniagaan dan website adalah salah satu tanda aras pelanggan kepada sesuatu perniagaan kerana ianya memerlukan komitmen yang menunjukkan anda serius didalam perniagaan anda. Percaya atau tidak, sekiranya anda mempunyai website, pelanggan akan lebih percayakan perniagaan anda.

Bebas menyampaikan maklumat.

Sedar atau tidak, sekiranya anda menggunakan Facebook untuk berniaga, anda terikat dengan “term and condition” Facebook. Anda menjadi HAMBA kepada “term and condition” mereka. Sekiranya anda langgar “term and condition”, akaun anda berisiko untuk dibuang dan dalam sekelip mata anda kehilangan semuanya.Sekiranya anda mempunyai website, pelanggan anda masih boleh mencari anda walaupon akaun Facebook anda telah dibuang dan anda bebas untuk menyampaikan apa-apa maklumat mengenai perniagaan anda kerana anda adalah bos dan anda sendiri yang akan menetapkan “term and condition” website anda.

Tarik dan dapatkan perhatian pelanggan 100%.

Tahukan anda bahawa pelanggan anda sedang terganggu apabila melawat Facebook perniagaan anda. Mereka diganggu oleh iklan pesaing-pesaing anda, diganggu Facebook notification dan diganggu facebook messanger. Dengan pelbagai gangguan ini, risiko anda untuk kehilangan pelanggan adalah tinggi kerana sekiranya mereka klik pada iklan/notification/messange, mereka akan terus meninggalkan page anda.Dengan adanya website, anda dapat tarik perhatian pelanggan anda 100% dan peluang anda untuk membuat jualan adalah lebih tinggi kerana pelanggan anda tidak diganggu oleh jin-jin Facbook. Pada ketika ini, anda lah yang berkuasa dalam mempengaruhi pelanggan anda.

Pelanggan yang lebih berkualiti.

“pm… PM… pm”. Anda biasa dengan perkataan ini. Kebanyakan prospek pelanggan yang minta “pm” ini adalah prospek pelanggan yang berkualiti rendah dan mereka hanya survey untuk mendapatkan harga untuk suka-suka dan anda akan banyak habiskan masa untuk melayan pm.Untuk tigkatkan jualan dan elakkan pembaziran masa, anda hanya letakkan info produk dan link kan ke website anda. Cara ini dapat membantu anda untuk mengasingkan prospek pelanggan yang lebih berkualiti. Ini kerana, hanya pelanggan yang betul-betul berminat sahaja yang akan melawat website anda dan membuat pembelian.

Pasaran yang luas.

Sekiranya anda mempunayi kedai fizikal di Shah Alam, pelanggan anda adalah mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam sahaja. Tetapi sekiranya anda mempunyai website, pelalnggan anda tidak terhad pada suatu kawasan. Selagi mana seseorang dapat akses ke internet, mereka berpotensi untuk menjadi pelanggan anda. Jutaan orang yang mengakses internet setiap hari dan anda perlu ambil peluang ini untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan anda.

Portfolio

Anda boleh menjadikan website sebagai portfolio perniagaan anda. Anda tidak perlu lagi menggunakan cara lama untuk menghantar portfolio perniagaan anda menggunakan kertas-kertas yang sangat berserabut. Dalam tidak sedar sebenarnya anda telah mempunyai “WOW Factor” daripada prospek anda dan ini sangat memudahkan anda untuk menjalankan perniagaan. Ini adalah salah satu tujuan penting sebab perniagaan di Malaysia memerlukan website

Rumusan

Website telah menjadi perkara wajib dalam sesuatu perniagaan bagi memudahkan pelanggan anda untuk mendapatkan informasi mengenai perniagaan anda. Website juga berfungsi sebagai “marketer” anda secara percuma di internet. Senarai diatas adalah sebahagian kecil sebab perniagaan di Malaysia memerlukan website, tetapi sebenarnya anda perlu memiliki website untuk mengalami sendiri kelebihan memiliki  website. Sebagai langkah awal untuk memiliki sebuah website, ini adalah 3 Perkara Wajib Untuk Memiliki Website.

Jika artikel ini bermanfaan, jangan lupa share kepada rakan-rakan anda. 

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *