Cara buat website sendiri
Kalau anda sedang membaca artikel ini, saya pasti anda sedang mencari dan tercari-cari cara untuk buat blog sendiri atau cara untuk buat website sendiri, betul tak?
Dari pengalaman saya, sebab utama seseorang itu mencari cara untuk buat blog sendiri adalah untuk menjimatkan kos.
Untuk artikel ini, saya akan fokuskan cara untuk buat blog sendiri dan cara buat website sendiri dengan menggunakan Wordpress.
Artikel ini lebih memfokuskan aspek teknikal dalam pembinaan sesebuah blog dan website dengan menggunakan WordPress.
Apa yang akan anda perolehi dalam artikel ini ialah anda akan memperolehi kemahiran untuk buat blog dan website anda sendiri.
AMARAN! Artikel ini sangat panjang dan saya sarankan anda untuk SHARE artikel ini di Facebook anda untuk rujukan akan datang.
Domain dan Hosting.
Sekiranya anda ingin memiliki website, domain dan hosting boleh diibaratkan seperti Aur dan Tebing. Keduanya saling memerlukan untuk befungsi.
Nama domain dan hosting boleh dibeli menggunakan dua(2) syarikat yang berbeza seperti beli domain di namecheap.com dan beli hosting di fastcomet.com, tetapi lazimnya kita akan membeli domain dan hosting menggunakan syarikat yang sama bagi memudahkan proses pembayaran, pegurusan dan bantuan support daripada provider.
Domain.
Apakah apa domain ini? Domain ini adalah nama website anda. Sebagai contoh, nama domain untuk website saya adalah dootmy.com.
Terdapat pelbagai jenis nama domain dan diantaranya ialah .com, .net, .org, .co, .xyz, .online dan pelbagai lagi jenis domain.
Nama domain memainkan peranan penting untuk branding anda. Kami sarankan untuk memlilih .com sebagai pilihan yang utama kerana .com lebih simbolik dengan dunia internet.
Kos untuk membeli domain .com boleh dianggarkan dari RM40 sehingga ke RM150 tetapi sekiranya nama domain berkenaan unik, ianya boleh mencecah sehinggan ribuan malahan puluh ribu ringgit.
Hosting.
Apa pula Hosting ini? Anda boleh bayangkan hosting seperti sebuah komputer yang akan menyimpan semua file-file website anda.
Anda boleh membina hosting sendiri menggunakan komputer anda sendiri tetapi dengan syarat anda perlu pasangkan komputer anda berserta sambungan internet 24 jam sehari. Dengan kaedah ini, anda perlu tanggung kos bil elektrik, kos internet dan kos penyelenggaraan komputer berkenaan dan ini semestinya sangat mahal.
Bagi mengelakkan kita menggung kos yang tinggi, disini kita perlu mencari syarikat yang menawarkan perkhidmatan hosting dimana syarikat berkenaan yang akan menyimpan file-file website anda di komputer(server) mereka.
Kos untuk melanggan hosting agak subjektif kerana ianya bergantung kepada prestasi komputer(server) berkenaan tetapi bagi pakej permulaan boleh didapati dari RM100/setahun.
Cara beli domain & hosting
Terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan jualan nama domain & untuk artikel ini saya akan menggunakan syarikat Namecheap untuk membeli nama domain & hosting.
Layari http://namecheap.com dan klik “Sign Up”
Isi semua maklumat yang diminta dan klik “Create Account and Continue”. Selepas itu anda boleh tutup halaman ini dan semak email anda.
Sila semak email anda untuk aktifkan akaun namecheap. Klik email daripada Namecheap.
Ikut arahan yang diberikan didalam email berkenaan atau klik “Sign In”.
Anda akan dipautkan pada halaman ini ini. Klik “Domain Name Search” seperti pada paparan dibawah.
Sila masukkan nama domain (nama website anda) yang anda mahukan. Sebagai contoh “carabuatweb”, kemudian klik “Search”
Anda akan diberikan beberapa pilihan nama domain (nama website). Pilih nama domain (nama website) yang anda mahu dan klik “Add to cart”
Pada paparan ini, anda akan diberi beberapa pilihan (optional) pakej tambahan. Klik “Stellar Shared Hosting” untuk membeli hosting website anda.
Nama pakej hosting mungkin sedikit berbeza daripada paparan anda mengikut promosi semasa pihak namecheap
Untuk pakej “Stellar Shared Hosting” pada paparan diatas, kami diberi sebulan percuma dan bulan berikutnya kami dikenakan $2.88/sebulan.
Lihat pada sebelah kanan paparan seperti paparan diatas untuk melihat ringkasan pakej yang dipilih. Klik “View Cart”.
Semua arahan maklumat order mudah untuk difahami.
Pada no 1, pilih tahun langganan nama domain anda
Pada no 2, WhoisGuard adalah servis untuk melindungi maklumat peribadi anda. Lazimnya berbayar tetapi ianya bergantung pada syarikat berkenaan. Bagi contoh ini, kami terima secara percuma. Abaikan bahagian “PremiumDNS”
Pada no 3, merupakan maklumat hosting anda.
Sila semak maklumat yang dipaparkan seperti diatas dan klik “Comfirm Order”
Isi semua maklumat yang diminta untuk melengkapkan proses pembelian pakej domain dan hosting dan klik “Continue”
Untuk bahagian ini, pilih “User default account contact” dan klik “continue”
Untuk bahagian cara pembayaran ini, pilih cara pembayaran yang anda mahukan. Lazimnya kebanyakan syarikat menawarkan pembayaran menggunakan kad kredit, debit cart dan paypal.
Sekiranya anda ingin membuat pembayaran menggunakan debit cart, sila telefon pihak bank anda untuk memberi pelepasan untuk pembayaran online dan untuk pembayaran luar negara.
Untuk contoh tutorial ini saya menggunakan Paypal
Pilih “Use default account contact” pada bahagian Billing Address
Klik “continue”
Sila semak order anda sebelum proses pembayaran dibuat
Tick pada bahagian Terms and Agreements
Kemudian Klik “Checkout with PayPal”
Login ke akaun paypal anda
Pilih debit card anda
Klik “continue”
Proses order sedang dijalankan dan akan mengmbil sedikit masa
Isi surver form sekiranya dipaparkan dan klik “Next”
Tahniah, proses order anda telah berjaya.
Sila semak email anda untuk maklumat domain dan hosting
Sila semak email daripada Namecheap di inbox email anda. Sekiranya tiada, sila semak pada folder spam.
Sila buka kesemua email daripada namecheap
klik pada email daripada namecheap yang bertajuk IMMEDIATE VERIFICATION dan klik link yang diberi untuk aktifkan nama domain anda
Anda akan dipautkan pada halaman seperti dibawah dan pengesahan pendaftara nama domain anda telah berjaya
Sila semak pada bahagian seperti paparan dibawah untuk mendapatkan maklumat login ke akaun pengurusan hosting anda.
Buat Akaun Email
Akaun email yang dimaksudkan adalah akaun email dengan menggunakan nama webste anda seperti ali@namadomainanda.com.
Dengan cara ini, email anda akan kelihatan lebih profesional berbanding anda menggunakan email gmail atau pon yahoo.
log masuk ke akaun cpanel anda. Maklumat untuk log masuk ke akaun cpanel boleh didapati pada email pendaftaran namecheap.
Selepas anada berjaya login ke akaun cpanel, pilih “Email Accounts” seperti paparan dibawah.
Semua arahan yang dipaparkan adalah mudah difahami dan ikut arahan yang diberi.
Mailbox Quota adalah saiz email anda untuk menyimpan email. Anda boleh biarkan saiz seperti yang diberi. Sekiranya mailbox anda penuh, anda boleh menambah saiz mailbox dikemudian hari.
Sekiranya anda ingin menyemak berapa jumlah akaun email yang telah dibuat, anda boleh klik “Email Accounts” seperti dipaparan bawah.
Untuk akases ke akaun email, anda hanya perlu taip https://webmail.namawebsiteanda.com atau anda boleh merujuk email daripada namecheap.
Setelah anda berjaya login masuk ke akaun email, anda perlu memilih aplikasi webmail yang digemari. Anda bebas untuk mencuba kesemua aplikasi webmail yang diberi.
Tujuan kesemua aplikasi webmail ini adalah sama iaitu untuk membaca email dan menghantar email.
Ini adalah contoh aplikasi webmail Horde.
Install SSL
SSL adalah Secure Sockets Layer. Bahasa mudahnya ialah untu memastikan sambungan internet pada website anda lebih selamat. Secara mata kasar anda boleh melihat website yang install SSL menggunakan HTTPS pada alamat websitenya
SSL juga merupakan pemberat untuk memastikan website anda ranking pada carian google.
Saya mendapati kebanyakan tutorial online tidak menekankan pemasangan SSL dan ini merupakan satu kerugian kerana SSL dapat meningkatkan keyakinan pelawat terhadap kita.
Login ke akaun cpanel dan pilih Lets Encrypt SSL
Semua domain yang anda miliki akan dipaparkan pada halaman ini. Kemudian pilih domain yang berkenaan
Semak nama domain yang berkenaan dan klik issue
Tahniah, anda telah berjaya Install SSL pada nama domain anda.
Install WordPress
Setelah anda berjaya melakukan langkah-langkah diatas, kini tiba masa untuk install wordpress pada hosting anda.
Terdapat 2 kaedah untuk intall wordpress
yang pertama kita install secara automatik menggunakan aplikasi softaculous yang telah disediakan secara percuma didalam cpanel.
Cara kedua adalah install wordpress secara manual dimana kita download file wordpress secara manual di https://wordpress.org/download/.
Untuk sesi kali ini, saya akan tunjukkan menggunakan kaedah pertama iaitu menggunakan aplikasi softaculous kerana kaedah ini sangat mudah dan cepat.
Untuk makluman, setiap penyedia hosting mungkin menggunakan versi cpanel yang berlainan dan ada menu yang terlibat didalam tutorial ini juga mungkin sedikit berlainan dari anda.
Log masuk ke akaun cpanel dan pilih Softaculous apps installer. Ada sesetengah cpanel akan terus memaparkan icon install wordpress.
Ini adalah paparan Apps Softaculous. Terdapat pelbagai pilihan Content Management System yang ditawarkan dan anda hanya perlu memilih wordpress.
Pada peringkat ini, klik Install Now untuk teruskan proses installation
Pada no 1, pastikan anda memilih https:// . Anda hanya boleh menggunakan https sekiranya anda telah install SSL pada domain anda dan sekiranya anda telah mengikuti tutorial ini bermaksud anda telah install SSL.
Pada no 2, Pilih nama domain yang berkenaan.
Pada bahagian In Directory, pastikan anda membiarkannya kosong dan padam maklumat pada bahagian ini sekiranya terdapat maklumat pada textbox berkenaan
Pada no 3 & 4, anda boleh masukkan maklumat nama website anda dan penerangan website anda.
Pada no 5 & 6, masukkan username dan password
Pada no 7, masukkan email admin yang anda telah daftar pada langkah tutorial sebelum ini.
Pada no 8, Klik tick untuk memasang plugin yang dapat menghalang hackers dari cuba memasuki admin page anda.
Setelah semuanya telah diisi, klik Install pada no 9.
Proses installation boleh mengmbil masa sehingga diantara 1 minit sehingga 5 minit dan tunggu sehingga proses installation selesai.
Setelah proses installation berjaya, anda akan diberikan maklumat untuk login ke website anda.
Pada no 1, ini adalah alamat website anda.
Pada no 2, ini adalah alamat untuk anda akses ke halaman admin untuk menguruskan website anda.
Sekiranya anda mendapat paparan seperti ini, tahniah anda telah berjaya memiliki sebuah website. Paparan anda mungkin bebeza sedikit dan ia bergantung kepada versi themes yang disediakan oleh apps softaculous
Ini adalah paparan login sebelum anda boleh akses ke dashboard admin.
Ini adalah paparan asas dashboard admin yang membolehkan anda mengawal website anda.
Disinilah tempat dimana anda boleh menambah artikel dan mengubah halaman website anda.
Rumusan
Ini adalah Panduan asas cara buat website sendiri. Sebenarnya proses membangunkan website ini adalah lebih mudah dari apa yang anda gambarkan. Prosesnya adalah straight forward dan semua arahan adalah mudah untuk difahami.
Paparan pada tutorial ini mungkin sedikit berbeza dengan paparan anda dan ia bergantung kepada penyedia hosting anda. Setiap penyedia hosting mempunyai cara dan kaedah yang berlainan tetapi secara asasnya, panduan ini dapat membantu anda mendapat gambaran bagaimana proses ini dijalankan.
Dimasa akan datang kami akan menyediakan tutorial untuk install plugin asas untuk website anda.
0 Comments